Posting Empat Ogos 2023

 Assalamualaikum korang! Wah wah, makin bersawang blog aku ni. Udah lah sendu, iya lagi sendu teramat, hahaha! Lama betul aku tak menulis, bukan takat menulis, melukis pun aku baru bulan lepas start tau. Punya tak tau la nak lukis apa, aku pun ambil lah flat peach atau donut peach yang tengah viral gittuh dengan pisang kaki sebagai subjek lukisan aku.

Terima lah seadanya🤭

Amacam , lawo ke idok? Aterr kalau komer rasa tak lawo pun aku tetap rasa better than yesterday gitteww, hahaha. 

Last aku menulis dan melukis tahun 2021, sekarang 2023 baru nak aktif balik. Al maklum lah start akhir tahun 2021 tu alhamdulillah, aku disahkan mengandung anak kedua. Bermulalah segala mak nenek alahan tau, sebab tu lah kerja menulis dan melukis terpaksa stop dulu. 

Waktu pregnant anak kedua ni, satu satunya kerja yang aku boleh buat ialah kerja melipat kain, makanya ikutlah aku pun ke dobi yang suami jaga. Sampai ke hari nak bersalin tau aku buat kerja lipat kain. Duduk rumah jadi tak produktif, melepek je hmmm sapa jenis mengandung ada alahan tu fahamlah macam mana rasanya.

Permata hati kedua

Pejam celik , sampai dah bersalin , anak kedua pun dah setahun pun. Sudah masanya mommy mulakan balik apa yang mommy stop kejap. Semoga ada rezeki aku untuk apa yang aku buat sekarang , walaupun apa yang aku buat ni sekadar suka suka.

Al maklum lah, dengan keadaan sekarang nak kerja agak terbatas sebab anak anak aku tak berani nak hantar kat pengasuh bagi jaga, dengan bermacam macam kes yang melibatkan pengasuh ni. Moga Allah lindungi anak anak kita dari segala bahaya Dan mudarat. Dan bagi aku, kalau aku keluar bekerja pun sebenarnya lagi banyak duit yang akan keluar. Jadi aku berkorban dulu jaga anak anak, dan usahakan apa yang aku boleh buat dari rumah mengikut kemampuan aku. Insya Allah moga ada rezeki kami sekeluarga!


Sekian sahaja coretan kemerapuan aku,

Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


-Aishah Ahmad-


Ulasan

Catatan Popular