RELEVAN LAGI KE BLOG UNTUK 2021 NI?

 

Hai ! Assalamualaikum korang !

Sebenarnya aku tengah haplod video lukisan succulent kat Youtube, punya lama weh! Alang alang aku pun saja la singgah blog sendiri dulu merapu meraban seround haha (hokeh tak lawak).

Sebenarnya aku pun tak tau apa yang aku nak merapu kan, tapi tu la aku cuma nak pesan untuk yang membaca blog aku ni ( acah acah macam ramai benau la nak baca, ig pun sendu ), kat sini aku bukan takat akan share pasal lukisan atau watercolour semata tapi aku jadikan blog ni sebagai tempat untuk aku lepaskan rasa nak menulis. So , mungkin la lepas ni banyak jugak benda yang aku akan share kat blog ni. Ah, tapi jangan risau lah korang, aku kan dah buat tag untuk setiap post so pandai pandai korang lah nak cari ye. 



Mungkin korang akan rasa macam, 

" weh kenapa baru sekarang nak blog? "  

" relevan kah blog ni disaat zaman 2021 ni ? "

" Kenapa tak share je kat Ig atau FB? tak pun kenapa bukan Tiktok? "

" Eh, IG pun sendu! boleh ke ko nak berbelog dan youtube bagai weh? "

Sebenarnya aku pun tak ada jawapan untuk segala persoalan tu, aku cuma ada pendapat aku sendiri ja. Yang aku terrsangat faham, aku buat bukan kerana orang tapi memang kerana diri aku sendiri. Dengan keadaan pandemik sekarang yang agak membuatkan emosi dan mental aku terjejas, so aku sangat memerlukan sesuatu yang masih membawa faedah untuk aku in the same time akan buatkan aku rasa lega dari segi perasaan aku. Hmm entah lah aku pun tak tau nak describe. Benda sendiri hadap , sendiri je lah yang faham dan diri sendiri lah yang nak kena buat sesuatu.

Aku rasa blogging ni still je relevan, walaupun kat facebook atau IG dan yang paling latest kat Tiktok tu kau boleh je dapat macam macam, sebab akan ada je yang suka search kat pak gugel ni selagi pak gugel ni ada. Bagi personal preference aku, menulis kat blog, Facebook atau IG ni lain feel dia. Tak tau la korang rasa macam mana, sebab ni aku punya pendapat je la. Walaupun sekarang ni aku tengok orang suka tulis panjang panjang kat Facebook atau IG, tapi aku tetap rasa menulis kat blog ni lagi best.  

Aku dah cuba nak menulis kat IG atau Facebook, tapi tu lah tak sampai. haha. bukan takat audiens tak sampai, feel aku pun tak sampai lagi haru! Hahaha. So alang alang memang jenis sendu, sambung je la kesenduan aku ni kat blog. Halah, bukan ada follower pun, tak de hal! haha.

Aku try start bloging balik, even aku tau setakat level syok sendiri tapi yang penting aku cuma nak rasa lega. Aku malas nak kisah pasal follower atau whatever it is, tapi aku tetap akan buat jugak yang terbaik dan yang penting kita rasa apa yang kita buat tu still memuaskan hati dan bermanfaat. 

Yang sebenarnya aku rasa penat dan sesak bila berhadapan dengan media sosial yang lain. sekarang ni pun aku memang dah jarang nak tumpu kat facebook atau IG. Kalau IG pun mesti kat akaun lukisan kalau kat Facebook pun aku layan group kelas lukisan berbayar dengan kelas free, itu je yang aku buat. Orang lain lain, ada yang tak rasa macam aku rasa dan ada yang sebenarnya rasa macam mana yang aku rasa cuma korang mungkin anggap normal. 

Apa pun untuk korang yang still berfikir yang blog ni masih relevan atau tidak, jangan risau still relevan hokeh. Belum terlambat untuk korang mulakan site korang. Aku tau, tak semua orang suka kan something yang agak mengejar trend. Plus kalau korang suka menulis, yes blog adalah the best untuk korang. Aku nasihatkan untuk diri aku dan yang baru nak start, even blog ni korang nak buat rilek rilek bukan sebab nak mengejar apa apa sekali pun, buat lah yang terbaik berilah yang terbaik. Belajar jugak ilmu tentang blog, so that kita buat saja saja pun still bagi manfaat kat orang tau dan juga ada manfaat untuk diri sendiri.

So akhir kata, thanks ye sebab sudi baca bebelan merapu aku ni. Andainya apa yang aku merapukan tu tak sama macam pendapat korang, yeah its okey. Macam aku katakan ni sekadar pendapat aku yang bersesuaian dengan keadaan aku . So kalau korang ada pendapat lain mungkin boleh share kat komen tau! 

 Aishah Ahmad,


Ulasan

Catatan Popular